Pagi ini awal juga aku bangun walaupun selepas Cell Group malam tadik ada geng yang datang lepak di rumah makan MAGGIE Mee...lama tak makan sedap jugak rasanya kan.....
oh ya...awal pagi tadi aku bangun kerana ada assignment oleh biniku yang tercinta...CUCI BAJU...jeng.. jeng.. jeng apalagi... misi aku selepas saja bangun tidur terus saja buat laundry...2 baldi bah.
aku pulak buat kerja senyap-senyap takut anak aku terkejut bangun tidur. lepas cuci sempat pulak aku jemur baju aku tu...and then bawa si Bibi (anjing kami) keluar rumah untuk kencing dan berak.
Susah pulak rasanya tiada Mama di rumah ni kan???Biasalah selama ni dia yang buat semuanya.Dia pun pergi outstation sekarang ni tak sabar pulak aku tunggu hari khamis dia balik Bintulu ni.
lepas bawa Bibi keluar aku kejutkan Mayr dari tidur untuk bawa dia ke Babysitternya and then baru aku ke office...wow hebat jugak rasanya aku hari ini ya walaupun masih lagi batuk dan demam. Oh ya ada lagi task ini hari ya...apa mauk masak untuk dinner aku dan Princess aku ni....???anybody out there tolong lah......
No comments:
Post a Comment